Jumat, 05 Agustus 2016

Conjunctivitis (mata merah)


Ianya disebabkan oleh inflamasi pada selaput konjunctiva mata yang disebabkan oleh bakteria atau virus yang menyerang mata.

Jenis-jenis konjunctivitis

1. Bakteria seperti Staphylococcus, streptococcus, haemophilus influenza

  • 'Catarral'- staphylococcus
  • Pneumococus - jarang berlaku tetapi jika berlaku jangkitan adalah teruk
  • 'Opthalmia neonatrum' - Jangkitan konjunctiva bernanah yang teruk, disebabkan oleh bakteria gonococus ( selalu berlaku kepada bayi yang baru lahir)
2. Virus seperti Herpes simplex, adenovirus

3. Chlamydia, Trachomatis.

4. Kecederaan seperti bahan kimia, ultraviolet radiation 

5. Kekeringan pada selaput mata - kurang penghasilan air mata

6. Allergic Conjunctivitis - disebabkan oleh selaput mata yang alahan kepada sesuatu benda contohnya habuk dan menyebabkannya mengalami inflamasi.

Tanda dan Simptom

1.'Injection'

  • Pengembangan salur darah dipermukaan konjunctiva, menyebabkan mata kelihatan merah.
2. 'Dischages'
  • Lelehan (discaj) keluar dari mata, ciri-ciri lelehan yang keluar adalah bergantung kepada bakteria/virus penyebab jangkitan/ bernanah.
  • Lelehan adalah jelas pada waktu pagi, iaiut selepas bangun selalunya menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk membuka mata kerana bendalir yang melekit pada kelopak mata dan bulu mata.
  • Air mata yang keluar berlebihan- ia adalah tindak balas normal mata unuk membersihkan kotoran.
3. Merasa tidak selesa pada mata ini disebabkan oleh kesakitan dan lelehan yang berlebihan. Pada awal jangkitan berlaku kegatalan dan sakit tiba-tiba pada mata.

4. 'Photophobia', seseorang juga akan merasa tidak selesa, sakit dan pedih/perit apabila melihat cahaya terang.

5. Kemerahan pada mata.

6. Mata bengkak dan rasa sakit disertai berair.

Pendidikan Kesihatan

  • Selalunya pesakit akan dirawat sebagai pesakit luar sahaja dengan pemberian ubat antibiotik titisan mata;
  • Amalkan mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas menyentuh mata atau menitiskan ubat pada mata.
  • Elakkan /kurangkan interaksi dengan orang lain kerana ianya mudah berjangkit kepada orang lain melalui sentuhan.
  • Elakkan berkongsi tuala atau tisu dengan orang lain.
  • Tisu yang telah tercemar, sila buang ke tempat yang betul. Jangan letak atau buang merata-rata tempat.
  • Bersihkan dahulu mata dengan air bersih yang telah dimasak menggunakan kapas bersih sebelum membubuh ubat, bagi mengurangkan jangkitan dan menggalakkan kebersihan mata.
  • Pastikan membubuh ubat seperti yang diarahkan- kekerapan penggunaan dan dos ubat.
  • Jika anda diberi tarikh temujanji untuk berjumpa doktor, sila tepati untuk pemeriksaan semula.
INGAT MATA ADALAH ANUGERAH. MATA ADALAH LAMPU SULUH BAGI TUBUH KITA.

0 komentar: